Sifat Mahmudah (terpuji)

Imam Al Ghazali r.a. telah menggariskan 10 sifat Mahmudah (terpuji) di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin:

1. Taubat
yaitu kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat yang tertentu.

Firman Allah S.W.T. yang berarti :
” Dan mohonlah ampun kepada Allah , sesungguhnya ia Maha Pengampun lagi Maha Pengasih”.
(Surah Al – Muzammil - Ayat 20)

Syarat-syarat taubat:
* Meninggalkan maksiat atau perkara dosa tersebut.
* Menyesal atas maksiat atau dosa yang telah dilakukan.
* Berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
* Mengembalikan hak-hak makhluk yang dizalimi.
* Mengerjakan perkara-perkara fardhu yang telah luput.

Beberapa faedah dan hikmah taubat iaitu:
* Menghidupkan jiwa yang resah karena dosa.
* Mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
* Meningkatkan ketaqwaan diri.
* Membenteras tipu-daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia
dengan berbuat dosa dan maksiat.
* Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam hidup di dunia
dan akhirat.

2. Khauf (takut)
Khauf bererti takut akan Allah s.w.t., iaitu rasa gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya

Firman Allah s.w.t. yang berarti : “Dan kepada Akulah ( Allah ) sahaja hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang lain”.
( Surah Al-Baqarah - Ayat 40 )

3. Zuhud
Dunia adalah sebagai tempat berbuat kebaikan dan amal soleh untuk akhirat yang kekal abadi selama-lamanya.

4. Sabar
* iaitu menahan diri dari keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai.
* Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:
1. Menahan diri dari keluh kesah dan menahan diri dari mengadu kepada selain Allah
subhanahu wata‘ala ketika tertimpa musibah atau bencana.
2. Menahan diri dalam mengerjakan semua perintah Allah.
3. Menahan diri dalam meninggalkan semua larangan Allah.

5. Syukur
iaitu mengaku dan memuji Allah atas nikmat yang diberi dan menggunakan segala nikmat itu untuk berbuat taat kepada Allah subhanahu wata‘ala.

6. Ikhlas
Sifat ikhlas ialah memfokuskan niat dalam setiap ibadah atau kerja dilakukan semata-mata kerana Allah subhanahu wa ta’ala dan diqasadkan ( niat ) untuk menjunjung perintah semata-mata serta membersihkan hati dari dosa riya’ , ujub atau menginginkan pujian manusia.

7. Tawakkal
iaitu menetapkan hati dan berserah kepada Allah atas segala hal, yakin bahwa Allah adalah yang mengadakan dan memerintahkan tiap-tiap sesuatu. Berserah kepada Allah hendaklah disertai dengan ikhtiar yang sempurna.

8. Mahabbah (kasih sayang)
Cintailah manusia dengan apa yang engkau cintai bagi dirimu sendiri, nescaya engkau menjadi manusia yang paling adil

9. Redha
Redha akan segala ketetapan Allah.

10. Dzikrul Maut (mengingat mati)
Sentiasa mengingat bahawa kematian itu pasti mendatangi masing-masing dari kita.

Senarai Nilai-Nilai Murni/ Sifat-Sifat Mahmudah yang lain
1.0 HIKMAH
Berpengetahuan luas dan bijaksana bertindak berlandaskan Al-Quran, Al-Sunnah dan alam Syahadah' serta dapat memberi alasan yang munasabah dan bukti yang sesuai.
1.1 Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata, mampu membuat pertimbangan, keputusan dan tindakan dengan cepat dan tepat berlandaskan ilmu naqli dan aqli.
1.2 Celik akal
Pintar, cerdas dan berkemampuan memahami serta manaakul sesuatu dengan cepat dan tepat.
1.3 Maarifah
Pengetahuan yakin dan pengalaman yang membolehkan sesaorang menjelas dan mengamalkan prinsip dan asas-asas Islam.
1.4 Bercakap benar
Melahirkan kata-kata yang bernas, betul, dan jitu serta bertepatan dengan prinsip-prinsip Islam secara berhikmah untuk faedah semua.
1.5 Menegakkan kebenaran
Yakin dan berpegang teguh kepada kebenaran serta sentiasa menegakkan kebenaran dengan hikmah.
1.6 Kesyukuran
Perasaan, ucapan dan perlakuan yang dilahirkan dengan ikhlas terhadap segala nikmat kurniaan Allah S.W.T, sabar dan redha menerima ketentuan dan dugaanNya' serta berterima kasih terhadap sumbangan dan khidmat bakti yang diperolehi.
1.7 Takutkan Allah S.W.T.
Perasaan takut dan kagum akan kehebatan Allah S.W.T. yang mendorong sesaorang melakukan ketaatan dan meninggalkan larangannya.
1.8 Kerajinan
Usaha berterusan dengan penuh semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan
daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara untuk mencapai kecemerlangan.
1.9 Prihatin
Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat, menyedari masalah masyarakatk dan sedia berusaha menyelesaikannya.
1.10 Berketerampilan
Mempunyai kemahiran yang menyeluruh dalam berbagai-bagai bidang khasnya kebolehan berfikir, kemahiran belajar dan merekacipta.
2.0 'ADAALAH
Keadaan di mana sesuatu perkara itu diletakkan di tempatnya yang sebenar mengikut syariah Islamiah.
2.1 Kasih sayang
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam serta berkekalan, lahir daripada hati yang rela terhadap sesuatu berteraskan prinsip Islam.
2.2 Silaturrahim
Jalinan persaudaraan menghubungkan kaksih sayang berdasarkan pertalian nasab, musaharah, keagamaan, kejiranan dan kemanusiaan.
2.3 Berterima kasih
Pengiktirafan, penghargaan dan ganjaran yang diberikan sebagai mengenang dan membalas sesuatu sumbangan dan jasa.
2.4 Baik pertimbangan
Membuat pertimbangan yang wajar untuk menghasilkan keputusan saksama serta tidak
menimbulkan sebarang penyesalan dan ungkitan.
2.5 Toleransi
Sanggup bertolak ansur, sabar dan dapat mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya perselisehan dan pertelingkahan.
2.6 Saling bermaafan
Sanggup meminta dan memberi maaf bahkan membalas keburukan dengan kebaikan.
2.7 Bermarwah
Menghiasi diri dengan budipekerti yang mulia melalui tuturkata' tingkah laku, pakaian dan pergaulan.
2.8 Ibadah
Mengabdikan diri kepada Allah S.W.T dengan cara menjunjung segala perintah dan menjauhi laranganNya.
2.9 Sensitif kepada kezaliman
Sanggup tampil membela makhluk yang dihina, teraniaya dan dizalimi.
2.10 Kejujuran
Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat yang baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.
2.11 Kerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan oleh individu pada peringkat keluarga, komuniti dan masyarakat untuk menegakkan yang maaruf dan mencegah yang mungkar.
2.12 Semangat bermasyarakat
Kesediaan melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan untuk kepentingan bersama
bagi mewujudkakn keharmonian hidup bermasyarakat. www.sabah.edu.my/skpmtdon
2.13 Bermuafakat
Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan yang baik.
3.0 IFFAH
Mengawal nafsu daripada perkara-perkara yang haram dan syubhah, supaya ianya terdidik ke arah melaksanakan perkara-perkara yang ma'arof serta sentiasa tunduk kepada petunjuk akal dan syarak.
3.1 Malu
Perasaan 'aib, hina dan rendah diri kepada Allah S.W.T., manusia dan diri sendiri kerana membuat sesuatu yang keji dan dilarang Allah.
3.2 Kesopanan
Bersikap tenang, berbudi bahasa, berbudi pekerti dan bersopan santun dalam pergaulan.
3.3 Sabah
Tenang, tabah, redha dan ikhlas dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan serta sentiasa berusaha mengatasinya.
3.4 Baik hati
Sentiasa mengambil berat tentang kebajikan orang lain dan memahami perasaan mereka secara tulus ikhlas dan ihsan.
3.5 Murah hati
Sedia memberi bantuan seca ikhlas dan ihsan kepada mereka yang memerlukan sama ada dalam bentuk kebendaan dan sokongan moral.
3.6 Kebebasan
Merasa tidak terkongkong melakukan sesuatu dengan penuh tanggungjawab berdasarkan peraturan syarak, norma masyarakat dan undang-undang negara.
3.7 Qana'ah
Redha dengan ketentuan Allah S.W.T., tenang menghadapi cabaran, sentiasa berusaha, dan tidak mudah berputus asa.
3.8 Berdisplin
Mengenal diri dengan cara menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira di mana ia berada.
3.9 Daya usaha
Berusaha untuk menyempurnakan diri dengan penuh azam dan semangat inisiatif, keriatif dan inovatif berlandaskan petunjuk Allah S.W.T.

3.10 Sejahtera
Jiwa yang tenteram dan tenang serta tidak menyakiti orang lain hasil daripada keupayaan
mengawal hawa nafsu.
3.11 Wara'
Menjauhkan diri daripada perkara-perkara syubhah, haram dan beriltizam melakukan kerja-kerja yang baik.
3.12 Wasatiyah
Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikirian, peraturan atau perlakuan supaya sesuai dengan agama, norma dan nilai masyarakat.
3.13 Kebersihan
Menjaga kebersihan rohani, jasmani dan mental serta alam sekitar bagi menjamin kesejahteraan hidup.
a. Kebersihan diri
Kebersihan diri dan tubuh badan daripada hadas, kekotoran dan najis untuk menjamin kesejahteraan hidup dan amal ibadat diterima Allah S.W.T.
b. Kebersihan persekitaran
Memelihara alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran.
c. Kebersihan mental
Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain.
d. Kebersihan rohani
Pemikiran, pertuturan dan perlakuan serta amalan yang bersih dari sebarang kepercayaan karut dan khurafat terhadap Allah S.W.T.
3.14 Menghargai masa
Mengisi masa secara berfaedah dengan menepati waktu dan menyegerakan sesuatu tugasan.
a. Menepati waktu
Melakukan sesuatu tepat pada waktunya atau selaras dengan jadual yang ditetapkan.
b. Bijak mengurus masa
Tahu menyusun kerja mengikut keutamaan dan keperluan serta melaksanakannya dengan cepat dan tepat.
3.15 Dedikasi
Berminat dan rela mengorbankkan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu perkara yang berfaedah.
4.0 SYAJAAH
Sanggup berjuang dengan penuh kesabaran mempertahankan agama, diri, akal, keturunan, harta benda, negara, maarwah dengan kekuatan fikiran, harta benda, tenaga dan jiwa.
4.1 Berjiwa besar
Sentiasa meningkatkan kebolehan diri, berwawasan, sanggup menghadapi resiko dan bersedia memikul tanggungjawab dengan tabah dan yakin.
4.2 Yakin diri
Kemampuan menghadapi dan menyelesaikan masalah serta boleh menjelaskan prinsip dan asas-asas dalam perkara yang berkaitan dengan syariat Islam berdasarkan dalil naqli dan aqli.

4.3 Hemah tinggi
Sentiasa bersedia melakukan segala amalan yang baik dengan penuh iltizam dan ikhlas ke arah kecemerlangan walaupun terpaksa menghadapi rintangan.
4.4 Tetap pendirian
Meyakini kebenaran dan berpegang teguh kepadanya dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan.
4.5 Istiqamah
Tekal, tepat, tetap dan berterusan dalam mengerjakan sesuatu yang baik.
4.6 Berani mencuba
Berani mencuba dan sanggup melakukan sesuatu yang mencabar dengan penuh kreatif dan inovatif yang tidak bertentangan dengan syarak.
4.7 Tahan lasak
Mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta semangat juang yang tinggi hasil daripada yang latihan yang intensif dan sistematik.
4.8 Berdikari
Kesanggupan dan kebolehan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain selaras dengan peraturan dengan peraturan, undang-undang dan agama.
a. Berupaya bertindak sendiri
Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain.
b. Yakin kepada diri sendiri
Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup bertindak.
c. Nasihat menasihati
Sedia memberi dan menerima nasihat dengan ikhlas dan sabar.
4.9 Berani berjihad
Sentiasa bersedia dan sanggup berjuang untuk mempertahankan agama, negara, keluarga dan diri serta kehormatan walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa daripada ancaman musuh dan godaan syaitan.

8 comments:

  1. terima kasih... boleh kongsi bersama...

    ReplyDelete
  2. Dijadikan panduan bagi mengelakkan hati menjadi gelap dan tidak tenang,mudaha-mudahan akan menjadi panduan yang berguna untuk anak-anak.amin.

    ReplyDelete
  3. Jihad terbesar adalah melawan hawa nafsu

    ReplyDelete
  4. Sifat yang ada pada diri manusia memang tidak lari dari sifat mazmumah namun kita hendaklah menghindarinya dengan banyakkan istighfar.

    ReplyDelete
  5. selamat memperbaiki diri dan bersihkan dirimu dari sifat-sifat keji

    ReplyDelete
  6. Sebagai seorang Islam yang sentiasa memperbaiki diri haruslah bersifat tawadhuk dan bertaqwa kepada Allah sentiasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sifat-sifat terpuji ni memang patut diamalkan. Nabi Muhammad SAW diutuskan pun untuk membentuk akhlak manusia.....

      Delete